Via Veritas Vita

SHARING AND CARING IS OUR WAY OF LIFE

Kem Bersepadu Unit Beruniform 2012


Pendaftaran 

Mendirikan khemah

Aktiviti sukan

Nightwalk

Memasak

Aktiviti dalam dewan


Pada 6 Julai 2012 hingga 7 Julai 2012, SMK Canossian Convent telah mengadakan Kem Bersepadu Unit Beruniform untuk mengekalkan semangat perpaduan antara pelajar. Antara unit beruniform yang terlibat ialah PBSM, Kadet Polis, Kadet Remaja, Pandu Puteri, Taekwondo, dan Puteri Islam. Pelbagai aktiviti yang menarik seperti ice breaking, night walk, mendirikan khemah, memasak dan belajar telah dijalankan. Pelajar-pelajar telah bersendel bahu seperti peribahasa berat sama dijinjing, ringan sama dijunjung untuk menyiapkan setiap tugasan yang diamanahkan tanpa mengira bangsa dan kaum. Guru-guru juga telah memberi sokongan kepada para peserta semasa kem ini dijalankan. Kem Bersepadu Unit Beruniform 2012 yang dijalankan selama dua hari satu malam telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dan sambutan yang baik daripada ahli-ahli unit beruniform yang terlibat.

No comments:

Post a Comment